Friday, February 3, 2012

Maher Zain - Ya Nabi (Arabic Version) | ماهر زين - يا نبي سلام عليك





Selawat dan salam ke atas mu junjungan Besar Nabi Muhammad Khatamun Anbia'

(maaf krn lama tak hupdate blog...bz :) )

Friday, December 30, 2011

Surah Al-Fatihah (terjemahan melayu)

Ya ALLAH, ampunilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, kasihanilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, baguskanlah umat Muhammad.
Ya ALLAH, berilah ganti umat Muhammad.
Ya ALLAH, tutupilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, sejahterakanlah umat Muhammad.
Ya ALLAH, lapangkanlah umat Muhammad selapang-lapangnya dengan cepat.
Wahai Dzat yang paling penyayang dari semua penyayang.


Thursday, September 15, 2011

Ya Allah Zat yang maha esa & maha Agung.......


"Ya Allah Zat yang maha esa & maha Agung... Telah hampir lah Masa Janji MU pada Umat Akhir Zaman Ini.... Telah KAU pilih segala kemuliaan atas Bangsa Ini... Mewarisi Moyang2 kami... RUHI Nabi Allah Khaidir a.s., Nabi Allah Adam a.s, Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s., Nabi Sulaiman a.s., Nabi daud a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. & nabi Muhammad SAW.... Ya Malaikat Jibrail, Mikhael, Israel & Israfil a.s.... Ya ROh Sekelian Keturunan kami ke atas & Ke bawah drp Adam Hingga ke hari kiamat... Sekelian Muslimin Muslimat, Mukminin mukminat samada yg masih hidup atau mereka2 yg telah mati. Pada sekelian Roh makhlik Allah yg Meliputi Tiap sesuatu & Kpd ROH sekelian Umat Muhammad saw......AL FATIHAH..."

Ya Allah ampun kan & terima lah Taubat Sekelian Umat Muhammad Saw yang sangat kami kasihi... Gantilah kami sebagai Umat yang Yang dalam restu, pimpinan, petunjuk, kerahmatan, keberkatan, keredhaan, kasihsyg & perlindungan MU. Bantu lah kami, pelihara lah kami, Tolong lah kami yang Lemah & tiada daya upaya ini Ya Allah.... Tunjuki HATI kamu dengan Cahaya Kebenaran. jadikan lah kami orh2 yg IKHLAS semata2 segala2 nya kerana MU.... Selawat & Salam ke atas Nabi Mulia junjungan MU Nabi yang di kasihi Muhammad saw....amin Ya Rabbal A'lamin...

Ya Allah, KEMBALI kan Daulat asal NUR 'Bangsa' kami ini...sepertimana Sebelum Kami di hukum kerana kelalaian kami...Jangan lah KAU hukum kami & Sekelian Umat Ini atas Kesilapan kami yang lalu....". Amin Ya Rabbal A'lamin...

Sama2 & Bersama2 lah Kita IKHLAS LovingCaringsharing Kerana Allah, Mengenal Allah , Sayang Allah, Cinta Allah , Membesarkan Allah, MenAgungkan Allah, Memuji Allah, Memuja kan Allah, Mengesakan Allah...Dari NYA kita datang & dari nya jua lah kita & segala2 nya di kembalikan... Astaghfirullahal azhim allazi la ila ha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih...Lahaw LA WA LA Quw Wa TA IL LA BiLLAH...
 
 
 

Law Kaana Bainana [with Malay lyrics]






Wahai Tuhanku,kami telah lalai lupa..
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,.
KEAMPUNAN-MU,dan sifat pemurah-MU,dan kebebasan daripada neraka-MU,
Dan syurga bersama2 penghulu seluruh manusia..
Kami mohon pada-MU..!
Mohon dengan sangat.

Wahai Tuhanku..!
Dari sudut hati kami yang paling dalam…
Kalaulah Kekasih-MU masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah dengan haruman Baginda,
Sebelum hilangnya,rasa yang meronta2 untuk berada hampir dengan Kekasih-MU..
Berada berhampiran Baginda jiwa turut menjadi harum..
Dan apa jua yang kalian doakan kepada ALLAH akan diperkenankan..
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna..
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda..

Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba..!!
Hidayahmu kepada alam merata meluas..
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah..
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih..
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah…
Kutebus diriku dengan dirimu..

Wahai Kekasihku NABI MUHAMMAD yang mulia,yang asing..!!
Berada berhampiranmu,jiwa menjadi harum..
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang TUHAN kepada seluruh alam...!!

Wahai kekasihku,wahai MUHAMMAD..!!
Wahai doktor hatiku..!!
Wahai yang dipuji dipuja..!!
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui..!!
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu..!!

Wahai kekasihku,wahai MUHAMMAD..!!
Wahai doktor hatiku..!!
Wahai yang dipuji dipuja..!!
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui..!!
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu..!!

Wahai kekasihku,wahai MUHAMMAD..!!
Wahai doktor hatiku..!!
Wahai yang dipuji dipuja..!!
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui..!!
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu..!!..

Thursday, February 3, 2011

Sayangnya Nabi s.a.w. kepada kita...

Daripada Abbas ra, Rasullullah s.a.w bersabda "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad sallallahu alaihiwasallam.

Jibril alaihisalam akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa Bendera dan Mahkota. Israil datang membawa pakaian pakaian syurga. I...srafil bersuara "Wahai roh yang baik! kembalilah ke tubuh yang baik."

Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasullullah s.a.w. berdiri, Baginda s.a.w. telah membuang tanah diatas kepala dan janggut Baginda s.a.w. Baginda s.a.w. melihat kanan dan kiri, Baginda dapati tiada lagi bangunan. Baginda s.a.w. menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda s.a.w. bersabda "kekasihku Jibril, gembirakan lah aku" Jibril a.s. berkata "Apakah yang kamu lihat dihadapan mu?" Baginda s.a.w. bersabda "Bukan seperti itu pertanyaan ku"

Jibril a.s. berkata "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak diatas mu?" Baginda s.a.w. bersabda "Bukan itu maksud pertanyaan ku"

Baginda s.a.w. bersabda "Aku bertanya kepada mu akan Umat ku. Dimana perjanjian mereka?." Baginda s.a.w. bersabda "Nescaya akan kuat lah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan Umat ku."

Jibril a.s menyeru "Wahai sekelian mahluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."

Umat umat datang didalam keadaan satu satu kumpulan.

Setiap kali Nabi Muhammad berjumpa satu umat,Baginda s.a.w. akan bertanya "Dimana umat ku?"

Jibril a.s berkata "Wahai Muhammad, Umat mu adalah umat yang terakhir"

Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibril a.s. menyeru "Tempat mu" Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis.

Nabi Muhammad s.a.w.bersabda "Mengapa kamu berdua menangis?"

Jibril a.s berkata "Bagaimana keadaan umat mu, Muhammad?"

Nabi Muhammad bertanya "Dimana umat ku?" Jibril a.s berkata "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w. menangis lalu bertanya "Wahai Jibril, Bagaimana keadaan umat ku yang berbuat dosa?" Jibril a.s. berkata "Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w." Nabi Muhammad s.a.w. bertemu umat Baginda yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban diatas belakang mereka, sambil menyeru "Wahai Muhammad!"

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda "wahai umat ku". Mereka berkumpul disisinya. Umat umat nya menangis. Allah Taala berfirman dalam keadaan dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi, "Dimana umat Muhammad s.a.w."

Jibril a.s berkata "Mereka adalah sebaik umat"

Allah Taala berfirman "Wahai Jibril!. Katakan lah kepada kekasih ku Muhammad s.a.w. bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan dihadapan ku."

Jibril a.s. kembali dalam keadaan menangis lalu berkata "Wahai Muhammad, umat mu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala"

Nabi Muhammad berpaling kearah umatnya lalu bersabda "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala"

Allah Taala berfirman "Hari ini Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan! Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaati ku. Dan Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadap ku"

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad s.a.w. menyeru "Tuhan ku Penguasa ku Penghulu ku... Aku tidak meminta untuk diri ku. Sesungguhnya Aku meminta untuk umat ku dari Mu."

Ketika itu juga neraka Jahannam berseru "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"

Neraka pula berseru "Wahai Tuhan ku.. Penguasa ku dan Penghulu ku! Selamatkan lah Muhammad dan umatnya dari seksaan nya. Selamatkan lah mereka dari kepanasan ku,bara api ku, penyeksaan ku dan azab ku. Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah,Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan."

Nabi Muhammad s.a.w. lebih lebih lagi sedih. Air mata baginda telah hilang dan kering dipipi baginda.

Sekali, Baginda s.a.w. sujud dihadapan Arash Allah Taala. Dan sekali lagi Baginda s.a.w. rukuk untuk memberi syafaat bagi umat baginda s.a.w.

Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata "Maha suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini, begitu mengambil berat hal keadaan umatnya."

Fatimah ra. bertanya "Dimana aku hendak mendapatkan mu dihari kiamat nanti, wahai bapaku?"

Baginda s.a.w. menjawab "Kamu akan menjumpai ku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umat ku."

Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan Syafaat Baginda s.a.w.pada hari Kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah az-zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w. dia berkata "Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat dari Nabi mereka"

Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Adam a.s. berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. "Ini umat mu, wahai Muhammad! mereka berkeliling mencari mu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala"

Nabi Muhammad s.a.w. menjerit dari atas mimbar lalu bersabda "Marilah kepada ku wahai umat ku! wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihat ku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan Aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untuk mu!"

Umat Nabi Muhammad berkumpul disisi Baginda s.a.w.

Ketika diatas Titi Sirat, Nabi Muhammad bersabda kepada Malaikat Malik. "Wahai Malik, Dengan kebenaran Allah Taala keatas mu, Palingkan lah wajah mu dari umat ku sehingga mereka dapat melepasi!. Jika tidak,hati mereka akan gementar apabila melihat mu"

Nabi Muhammad s.a.w. berhenti diatas Titi Sirat. Setiap kali Baginda s.a.w. melihat seorang dari umat Baginda bergayut diatas Titi Sirat, Baginda s.a.w. akan menarik tangannya dan membangunkannya kembali.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda "Tuhan! Selamatkan mereka! Selamatkan mereka!

Sayang sungguh Nabi Muhammad s.a.w. pada kita....Allah Akbar
 
 

Wednesday, January 26, 2011

DOA AKHIR ZAMAN

Ya ALLAH, ampunilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, kasihanilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, baguskanlah umat Muhammad.
Ya ALLAH, berilah ganti umat Muhammad.
Ya ALLAH, tutupilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, sejahterakanlah umat Muhammad.
Ya ALLAH, lapangkanlah umat Muhammad selapang-lapangnya dengan cepat. Wahai Dzat yang paling penyayang dari semua penyayang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...